Tarikh : 10 Jun 2024 Masa : 02.00 Pm – 4.00 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujan membantu pelajar sekolah rendah terutamanya tahap satu untuk meningkatkan daya fikir mereka dan membantu meningkatkan lagi kecerdasan otak. Aktiviti ini juga mengajar pelajar untuk mencari penyelesaian sendiri menggunakan kemahiran berfikiran aras tinggi.
Aktiviti
Petugas NADI menerangkan kepada pelajar menengai laman web PBS Kids kepada pelajar. Petugas menjelaskan cara-cara menggunkan PBS Kids dan kebaikan bermain games yang berasaskan sains. Pelajar bermain permainan minda untuk mengenal bentuk dan mencari bentuk dalam gambar rajah yang diberikan sebelum masa tamat. Diharapkan aktiviti ini dapat mengembangkan dan meningkatkan kecerdasan minda pelajar.