Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 11:00 am – 1:00 Pm Lokasi : Aplikasi Zoom Peserta : Terbuka |
Tujuan
Kelas Asas Pengurusan Kewangan Perniagaan untuk IKS ini dilakukan secara dalam talian iaitu menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini dianjurkan oleh Msd Innovation untuk membantu para usahawan untuk meningkatkan kemahiran dalam mengurus kewangan. Tenaga pengajar bagi program ini adalah puan Juliana. Antara Topik yang dibincangkan dalam program ini ialah komponen dalam pengurusan kewangan, apa itu perakaunan, jenis-jenis akaun serta pengurusan kewangan perniagaan. Program ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenl pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai kerugian atau keuntungan.selain itu, para usahawan juga diajar tentang kompenan dalam pengurusan kewangan seperti merancang keperluan dan mengawal keluar masuk perniagaan mereka. Dalam program ini, terdapat usahawan dari semenanjung dan sabah yang turut serta dan terdapat 2 peserta dari PEDi Simpang Tiga Langkon yang mengikuti Program ini. Dengan adanya Progam ini, ianya dapat membantu para usahawan untuk mengenalpasti masalah kewangan serta mendapat ilmu dalam mengatur perbelanjaan serta pengurusan kewangan perniagaan.
Aktiviti
Sebelum kelas dimulakan, Puan Husna memperkenalkan Objektif program yang ingin disampaikan iaitu, Asas Pengurusan Kwangan Perniagaan untuk IKS. Sepanjang kelas diadakan, para usahawan diberi peluang untuk memberi soalan kepada tenaga pengajar agar mereka lebih memahami cara mengurus kewangan perniagaan dengan baik. Puan Husna memberi taklimat yang sangat baik dan mudah difahami oleh usahawan yang menghadiri kelas tersebut. Program ini sangat mendapat sambutan daripada peserta.