Tarikh : 22 Jun 2022 Masa : 2.30 Pm – 4.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word bersama lepasan pelajar SPM ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran mengenai Microsoft Office. Selain itu, Objektif kelas ini juga dapat memperkenalkan pelajar tersebut tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar yang menggunakan komputer untuk membuat resume atau melayari internet sama ada untuk mencari pekerjaan ataupun informasi penting. Melalui kelas ini, Petugas juga memberi penerangan cara-cara membuat resume menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Kelas ICT ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai komponen Microsoft Word serta fungsi yang terdapat di dalam Ms Word. Selain itu, petugas mengajar pelajar tentang fungsi bagi setia komponen-kompenan yang terdapat dalam Ms Word. Seterusnya, Petugas mengajar pelajar tersebut cara-cara membuat resume dengan mudah dengan menggunakan Microsoft Word. Secara keseluruhannya, pelajar tersebut dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas seperti ini. Sepanjang kelas ini berlansung, Pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang Microsoft Word sekaligus mengetahui cara-cara membuat resume dengan betul. Sepanjang kelas ini berlansung, petugas akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang datang.