Tarikh : 16 Jun 2022 Masa : 3.00 Pm – 4.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pelajar lepasan SPM untuk mendapatkan informasi dan halatuju mereka selepas menamatkan persekolahan. Kebanyakkan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan halatuju kerjaya mereka selepas SPM. Selain itu, Pelajar juga mempunyai kesukaran untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan mereka. Oleh itu, Petugas memberi informasi tentang maklumat-maklumat penting seperti memberi penerangan tentang sekolah atau university yang boleh membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran. Melalui aktiviti ini pelajar tersebut dapat mengtahui cara-cara dan mendapat maklumat penting tentang halatuju mereka selepas mendapat keputusan SPM.
Aktiviti
Petugas memberi informasi tentang universiti-universiti yang sedia ada yang boleh membantu pelajar tersebut untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati. Selain itu, Petugas juga memberi penerangan tentang protal-protal rasmi Kerajaan yang boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Sepanjang aktiviti ini berlansung pelajar tersebut telah mendapat banyak informasi penting yang dapat membantu mereka dalam mencapai matlamat dan halatuju mereka. Petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang datang di PEDi.