Tarikh : 05 Julai 2024 Masa : 7.00 Am – 11.30 Am Lokasi : SK Langkon Peserta : 35 Peserta |
Tujuan
Sempena menyambut perayaan Pesta Kaamatan Kota Marudu tahun 2024, SK Langkon memberi peluang para usahawan dan juga Agensi untuk membuat pameran. Petugas NADI Kluster Kota Marudu telah mengambil peluang ini untuk memperkenalkan objektif penubuhan NADI serta mempromosikan penggunaan NADI kepada komuniti setempat. Selain itu, adanya program seperti ini ianya dapat meningkatkan Ahli NADI sekaligus dapat menyebarkan manfaat kebaikan dan objektif utama penubuhan NADI kepada komuniti khususnya para usahawan serta pelajar yang ingin mneingkatkan kemahiran ICT serta E-dagang untuk usahawan memperluaskan perniagaan mereka secara dalam talian. Petugas NADI telah memberi sedikit penerangan kepada komunti yang berkunjung di booth NADI untuk menjelaskan aktiviti yang dapat dilakukan dan perkhidmatan yang ada di setiap NADI di kawasan Kota Marudu. Seterusnya, tujuan petugas NADI untuk mengikuti pameran ini adalah untuk menjadikan NADI sebagai one-stop center kepada komuniti untuk membantu mereka mendapatkan rangkaian internet yang baik serta meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang ICT.
Aktiviti
Petugas Kluster Kota Marudu membuat pameran untuk mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional kepada komuniti setempat dimana para petugas menerangkan perkhidmatan serta objektif penubuhan NADI kepada komuniti. selain itu, Petugas juga memberi brochure kepada pengunjung-pengunjung yang ada di situ. Seterusnya, pelajar yang berkunjung di booth NADI berpeluang untuk bermain permainan berasaskan komputer seperti kuiz online dan aktiviti STEM puzzle book.