Tarikh : 19 Julai 2024 Masa : 02:30 Pm – 04:30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Para pelajar sekolah menengah diajar cara-cara Pembentangan yang berkesan menggunakan Ms Power Point yang mereka telah pelajari. Peserta dikehendaki membuat slide pembentangan mengenai Tajuk Hobi saya. Setelah selesai, para pelajar dikehendaki membentang hasil kerja mereka dihadapan kawan-kawan mereka. Petugas memberikan penerangan bagaimana cara-cara mengunakan teknik-teknik yang berkesan semasa berkomunikasi dihadapan.
Aktiviti
Petugas akan memberi penerangan cara-cara menggunakan MS Power Point. Petugas juga akan menjelaskan objektif kelas iaitu pelajar akan belajar teknik untuk membuat pembentangan yang berkesan. Petugas juga mengajar pelajar untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk membuat suatu pembentangan. Selain itu, petugas juga memberikan tugasan kepada pelajar untuk membina slide pembentangan mengenai hobi mereka. Diharapkan kelas ini akan meningkatkan kemahiran ICT serta keyakinan pelajar dalam berhadapan dengan ramai orang.