Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2024 – Kelas Keusahawanan – Buat Poster Produk Menggunakan Canva

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk membimbing dan mengajar para usahawan dalam meningkatkan prestasi jualan produk mereka dengan menghasilkan poster yang menarik untuk menjangkau lebih banyak orang mengenali produk yang dijual. Petugas akan menggunakan laman web www.canva.com sebagai medium untuk mengajar untuk usahawan. Selain dapat belajar membuat poster produk jualan, peserta juga dapat menambah pengetahuan mengenai laman web digital yang menawarkan banyak perkhidmatan yang sesuai untuk pelbagai perkara terutamanya dalam keusahawanan.

Aktiviti

Pertama sekali petugas akan menjelaskan objektif kelas keusahawanan kemudian menerangkan apa itu laman web www.canva.com .Petugas juga menerangkan kebaikan dan kelebihan untuk para usahawan mempunyai poster untuk produk mereka. Petugas juga mengajar dan menunjukan cara-cara untuk membuat poster produk dalam canva. Seterusnya, petugas memberikan tugasan kepada usahawan untuk membuat poster produk mereka mengikut kreativiti masing-masing.Diharapkan kelas ini dapat membantu meningkatkan prestasi jualan mereka.

GAMBAR DISINI