Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2024 – Kelas ICT Pengenalan Komputer untuk Ahli Baru NADI

Kelas dan kuiz asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada ahli baru NADI. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Pengenalan komputer kepada para peserta dapat membantu mereka menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. Selain itu, kepentingan penggunaan komputer dapat menghilangkan tekanan dengan menggunakan komputer kerana kita boleh mendengar lagu, bermain permainan komputer, melayari internet dan sebagainya.

Aktiviti

Petugas NADI memberi penerangan kepada pelajar mengenai asas komputer.Contohnya, maksud perkataan komputer dan cara-cara komputer menerima dan memproses maklumat. Petugas juga menunjukan video mengenai kemahiran asas komputer seperti cara menggunakan alat-alat input dan output yang ada pada komputer. Akhir sekali, petugas akan memberikan kuiz komputer menggunakan quizizz.com. Diharapkan, kelas ini dapat menambahkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang teknologi komputer.

GAMBAR DISINI