Tarikh : 15 Julai 2024 Masa : 02.00 Pm – 04.30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting kad jemputan hari jadi digital dengan menggunakan aplikasi MS Word secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster dan kad raya digital yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster dan kad jemputan hari jadi digital mereka. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting kad jemputan hari jadi digital dengan menggunakan aplikasi ini. Para pelajar diajar untuk meletakkan elemen multimedia seperti grafik, imej dan teks bagi kad jemputan hari jadi digital mereka. Diharapkan kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT mereka dan dapat membuka minda mereka untuk lebih kreatif.