Tarikh : 06 Julai 2024 Masa : 09.00 Am – 011.00 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 4 Orang |
Aktiviti ini bertujuan untuk menambah kemahiran teknologi komputer para pelajar agar dapat membantu mereka dalam bidang pekerjaan atau pun bidang pembelajaran di masa akan datang. Aktiviti membuat kad ucapan ini akan sangat berguna pada waktu hari perayaan dan para pelajar boleh menggunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk membuat kad ucapan kepada keluarga dan rakan-rakan dalam bentuk digital.
Aktiviti
Petugas NADI akan menerangkan secara ringkas mengenai aplikasi yang digunakan untuk membuat kad ucapan iaitu MS Publisher. Petugas NADI juga akan menjelas kelebihan kemahiran ini dan seterusnya menunjukkan demo kepada pelajar cara-cara membuat kad ucapan yang betul. Dalam membuat kad ucapan konsep warna dan tulisan memain peranan yang penting untuk membuatkan kad ucapan tersebut menarik dan mudah untuk dibacakan oleh orang. Diharapkan kelas ini akan membantu para pelajar dalam kemahiran komputer mereka terutamanya MS Publisher.