Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2024 – Aktiviti STEM engineering.com – Smart Turn

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dengan mendedahkan mereka kepada permainan berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Selain itu, aktiviti ini akan dapat meningkatkan kecerdasan fikiran pelajar juga dan dapat menjauhkan pelajar daripada permainan yang tidak berfaedah dan menarik minat pelajar untuk lebih cenderung bermain permainan berasaskan sains dan teknologi.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di NADI Simpang Tiga Langkon dan dimulaikan dengan sesi penerangan STEM iaitu singkatan kepada bidang Science, Technology, Engineering, Mathemathics. Seterusnya petugas akan menjelaskan konsep permainan Smart Turn kepada pelajar. Konsep permainan Smart Turn ini memerlukan si pemain untuk memusingkan penanda untuk menyentuh bintang tanpa bertembung dengan penanda yang lain. Permainan ini memerlukan asas matematik dan fizik untuk bermain. Diharapkan aktiviti ini dapat memberi dan meningkatkan kecerdasan kepada pelajar sekolah.

GAMBAR DISINI