mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2022 – Pengisian Protal Pendaftaran Pekerjaan SPA dan SPANS Pelajar Lepasan SPM

 

 

 

 

 

 

Tujuan

SPA merupakan singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sebuah protal kerajaan yang memberi peluang kepada pemohon yang layak bermula daripada lulusan SPM untuk berkhidmat di bawah kerajaan. Adik Joel merupakan salah seorang pelajar lepasan SPM 2021, beliau telah datang ke PEDi Simpang Tiga Langkon untuk meminta bantuan kepada petugas untuk membantunya mengisi maklumat melalui laman web rasmi SPA. Adik Joel telah menggunakan perkhidmatan komputer dan internet di PEDi simpang Tiga Langkon. Petugas membantu Adik Joel untuk melengkapkan dokumen yang di minta oleh pihak SPA. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk mengisi dokumen penting dan memilih jawatan yang besesuaian dengan keptusan SPM beliau. Selain SPA, Petugas juga membantu adik joel untuk mengisi maklumat dan memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan minat dan keptusan SPM di laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS).

 

Aktiviti

Petugas membantu dari segi persediaan komputer serta membantu adik joel untuk melengkapkan dokumen yang diminta dalam laman Web Rasmi SPA dan SPANS. Sepanjang pengisian maklumat yang dilakukan oleh beliau, petugas juga memberi penerangan tentang jawatan-jawatan yang dipilih serta memberi penerangan tentang kebaikan SPA dan SPANS kepada adik Joel. sepanjang aktiviti ini dijalankan petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna yang datang di PEDi Simpang Tiga Langkon

 GAMBAR DISINI