Tarikh : 18 Julai 2022 Masa : 2.00 Pm – 4.00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti mewarna dijalan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Objektif aktiviti ini dijalankan bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. selain itu, aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak yang mana mereka harus memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Seterusnya, Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kreativiti peserta iaitu mereka akan berfikir tentang kombinasi warna yang boleh digunakan untuk memberi rupa bagi gambar yang sedang diwarnainya.peserta akan berimiginasi dalam aktiviti ini dan dapat meransang potensi kreatif dalam diri mereka.
Aktiviti
Para peserta telah diberikan satu gambar untuk mereka warnakan dengan mengikuti kreativiti masing-masing. Petugas juga telah memantau mereka dalam aktiviti ini. Sepanjang aktiviti ini berlansung petugas memastikan SOP dipatuhi oleh komuniti yang datang di PEDi.