mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2025 -Saringan Kesihatan Secara Percuma (Welbeing)

TARIKH08 JANUARI 2025
MASA9.00 AM – 11.30 AM
LOKASIKG. TAGAROH
PESERTA200 ORANG

Tujuan

Program ini terbuka kepada semua komuniti Kg. Tagaroh untuk melakukan Saringan Kesihatan secara percuma. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Dan mengurangkan risiko penyakit melalui saringan faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, obesiti, atau paras kolesterol tinggi di kalangan masyarakat masa kini.

Aktiviti

Aktiviti saringan kesihatan kepada komuniti merupakan langkah penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, mengesan penyakit pada peringkat awal dan menggalakkan gaya hidup sihat. Antara Saringan Kesihatan yang dijalankan oleh para petugas NADI adalah Pemeriksaan Tekanan Darah,Pemeriksaan Tahap Gula dalam Darah dan Pemeriksaan BMI (Berat & Tinggi). Secara keseluruhannya,Program Saringan Kesihatan ini dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat.

GAMBAR DISINI