Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat Biodata Diri menggunakan Ms Word 2021. Seterusnya, para peserta juga dapat belajar memperkenalkan diri melalui penulisan yang dibuat. Disamping itu, aktiviti seperti ini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat memberikan manfaat kepada pelajar sekolah.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas memberi penerangan dan panduan cara-cara membuat word proceesing yang boleh diedit menggunakan perisian ini. Selain itu, Petugas juga memberikan tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Para pelajar di berikan tugasan untuk membuat kitaran ayat berdasarkan maklumat yang telah diajar kepada mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.