Tarikh : 21 Januari 2024 Masa : 8:00 Am – 10:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas Excel bersama Junika ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Excel 2021. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan kepada adik Junika betapa pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Adik Junika diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Excel 2021. Petugas juga menyediakan slide dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Excel 2021. Seterusnya, petugas juga menerangkan fungsi asas simbol (pengiraan) dalam excel dan mengenai ruang seperti colum, row, dan cell.