Tarikh : 12 Januari 2024 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta tentang cara-cara membuat resume menggunakan canva. Selain itu, kelas ini juga boleh membantu peserta untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, dengan adanya pengetahuan asas mengenai resume peserta boleh terus memohon pekerjaan.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, peserta menggunakan aplikasi canva bagi menghasilkan resume yang baik untuk digunakan dalam mencari pekerjaan. Di samping itu, petugas juga turut membantu peserta dalam menggunakan aplikasi canva tersebut.