mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Febuari 2024 – STEM (Poster Digital Canva)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah dan bidang pengajian di peringkat tertiari. Contoh bidang mata pelajaran STEM adalah seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting poster dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. Oleh itu, mereka juga boleh memanfaatkan kelas ICT yang diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon untuk kegunaan di masa hadapan. Selain itu, Aktiviti ini bertujuan untuk Mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan betul dan mendalam dalam kehidupan, masyarakat dan persekitaran melalui aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah.

Aktiviti

Kelas ini diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster dengan menggunakan aplikasi CANVA. Seterusnya, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menghasilkan satu poster yang menarik. 

Gambar Disini