Tarikh : 16 Febuari 2024 Masa : 10.00Am – 12:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu belia dalam membuat resume bagi mereka yang ingin memohon pekerjaan dan memohon persekolahan yang diminati seperti UPSI. Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberikan pendedahan mengenai penghasilan resume yang boleh dibuat oleh belia itu sendiri. Di samping itu, PEDi juga boleh dijadikan one-Stop Center untuk mendapatkan bantuan ICT dan memperolehi banyak maklumat terkini.
Aktiviti
Penulisan resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, belia akan melengkapkan maklumat peribadi dan semua maklumat penting untuk menghasilkan satu resume yang lengkap. Oleh itu, para belia boleh menghasilkan resume tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.