Tarikh : 04 Februari 2024 Masa : 10.00Am – 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Sesi Bisnes cemerlang bersama pihak Telekom Malaysia Berhad (TM UNIFI) diadakan di PEDi Kampung Ranau bertujuan untuk memperkenalkan kepada komuniti dan ushawan berkaitan dengan produk UNIFI yang terbaru iaitu UNI5G Mobile Plans. Selain itu, Sesi Bisnes cemerlang atau lebih dikenali sebagai program UNIFI bersama pelanggan/ usahawan Daerah Kota Marudu bertujuan untuk membantu golongan peniaga kecil di Daerah Kota Marudu dalam mengembangkan perniagaan mereka secara digital. Selanjutnya, dalam program ini pihak UNIFI juga memberikan penerangan berkenaan dengan plan UNIFI yang boleh diambil oleh para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka terutamanya bagi usahawan yang tidak mempunyai rangkaian yang baik dalam peniagaan secara dalam talian.
Aktiviti
Petugas PEDi telah menyediakan tempat untuk pihak unifi dan usahawan bagi perbincangan mengenai perniagaan mereka. Seterusnya, pihak UNIFI juga menjelaskan beberapa kelebihan dalam pakej keusahawanan UNIFI yang boleh didapati oleh para usahawan. Antaranya, e-commerce yang boleh dipelajari oleh mereka dengan bantuan pihak UNIFI serta digital marketing juga boleh dilaksanakan dalam pakej yang ditawarkan oleh pihak unifi. Tambahan pula, pihak UNIFI juga ada memberikan tawaran hebat kepada para usahawan seperti simkad percuma yang boleh digunakan untuk mengakses internet dengan mudah dan tanpa had.