Tarikh : 01 Febuari 2024 Masa : 2:30 Pm – 4:30 Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini jalankan untuk membantu usahawan memasukkan produk jualan di tiktok dengan menggunakan website tiktok seller center. Selain itu, usahawan boleh mengemaskini kedai online mereka di tiktok dan sentiasa memastikan stok barangan yang dijual telah dikemaskini. Di samping itu, platform tiktok shop ini dapat meluaskan lagi perniagaan dan meningkatkan pelbagai jenis jualan usahawan dengan menggunakan akaun tiktok shop. Selain itu, latihan keusahawanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan tempatan yang sudah mempunyai perniagaan di platform media sosial. Latihan keusahawanan ini dijalankan secara dalam talian menggunakan google meet.
Aktiviti
Rakan Digital PEDi Kampung Ranau dan Rakan Digital Kampung Tingkalanon yang membimbing usahawan PEDi telah memberikan tunjuk ajar mengenai cara untuk memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Gambar produk merupakan perkara paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan platform yang baik sangat penting untuk menarik perhatian dan minat pelanggang. Affiliate marketing juga adalah satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Usahawan hanya perlu mempromosikan produk ataupun link produk daripada syarikat mahupun individu lain untuk menarik minat para pelanggang.