Tarikh : 20 Febuari 2024 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk membantu peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan STPM dan semua komuniti/Ahli PEDi dapat menyertai peluang kemahiran serta ilmu pengetahuan secara percuma untuk menghadapi sesi temuduga di alam pekerjaan. Berperanan membantu para komuniti luar bandar mendapatkan ilmu-ilmu asas didalam kemahiran-kemahiran insahniah. Melatih agar para komuniti/masyarakat luar bandar berpengetahuan luas dan Celik IT. Merapatkan PEDi dengan ahli-ahli PEDi diatas penganjuran aktiviti/latihan atas talian yang bermanfaat dan berkualiti. Bertujuan memenuhi keperluan kemahiran yang amat penting didalam kalangan masyarakat anak-anak muda terutamanya pelajar lepasan SPM/STPM atau Komuniti yang sedang mencari pekerjaan. Kelas atau latihan ini juga menjadikan PEDi sebagai One-stop Center didalam komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan di PEDi Simpang Tiga Langkon yang dibimbing oleh petugas. Peserta akan mempelajari cara-cara menggunakan komputer semasa interbiew dalam talian. Selain itu, Peserta juga akan diajar cara komunikasi dengan baik sepanjang menjawab soalan yang akan ditanyakan oleh penilai. Kelas ini sangat membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga meningkatkan kemahiran mendengar dengan baik.