Tarikh : 06 Febuari 2024 Masa : 9:00 Am – 11:00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint 2021 ini bertujuan untuk memberi kemahiran melukis kepada para peserta dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.