Tarikh : 19 Februari 2023 Masa : 9.00Am- 4.30Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kursus Keusahawanan Wanita B40 Parlimen Kota Marudu telah diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Kursus ini dianjurkan oleh Reach Society Enterprise dan Penyelaras Keusahawanan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UITM) Sabah dan berkerjasama dengan PEDi Simpang Tiga Langkon dengan peserta seramai 7 orang serta 2 orang penganjur. Kursus ini betujuan untuk memberi kemahiran dan ilmu dalam Asas Pemasaran Digital iaitu menggunakan aplikasi canva, shopee dan Tiktok. Selain itu, Kursus ini diadakan untuk membantu para wanita B40 Kawasan Kota Marudu agar mereka lebih yakin untuk membina kedai online menggunakan Asas pemasaran Digital seperti Shopee, Tiktok dan Canva.
Aktiviti
Kursus ini dibahagikan kepada tiga slot iaitu slot pertama tentang pengenalan Asas Pemasaran Digital menggunakan Aplikasi Canva. Slot ini diambil oleh Tuan Suhailie Hj. Bakrin Selaku penyelaras Keusahawanan Mahasiswa UITM. Tuan Suhailie mengajar para peserta cara-cara menggunakan aplikasi canva untuk mempromosikan product atau membuat poster pengiklanan product peserta. Slot Kedua diambil Alih oleh Pengurus PEDi, Dimana para peserta diajar tentang aplikasi shopee. Para peserta di minta untuk membuka akaun shopee untuk mendaftar sebagai penjual atau membuka kedai atas talian menggunakan aplikasi Shopee. Seterusnya, Peserta juga diajar langkah-langkah untuk memuat naik product mereka. Selanjutnya, Slot ketiga diambil alih oleh Penolong Pengurus iaitu Asas Pemasaran Digital Tiktok. Petugas memberi pengenalan tentang penggunaan aplikasi tiktok untuk memulakan perniagaan atas talian. Para peserta diajar cara untuk mendaftar sebagai Affiliate atau dropship menggunakan akaun tiktok agar peserta dapat menghasilkan duit sampingan selain dari kerja hakiki. Melalui aplikasi Tiktok ini, para peserta juga dapat belajar cara-cara untuk mempromosikan product mereka. Dengan adanya kursus ini ianya dapat membantu para usahawan wanita B40 untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam asas pemasaran Digital serta meningkatkan kemahiran dalam penjualan product dan penggunaan digital dalam meningkatkan kualiti perniagaan mereka. Setiap sesi diberi soal jawab dan praktikal secara lansung ajar para peserta lebih memahami setiap slot pengenalan asas pemasaran digital yang diberikan oleh petugas dan penganjur. Kursus ini berakhir dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama peserta dan penganjur. Diharap Kursus seperti ini dapat dilaksanakan lagi ahar lebih banyak usahawan yang berjaya dalam perniagaan mereka.