mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Februari 2023 – Program Keusahawanan Bersama PEDi Kluster Kota Marudu (Kelas Membuat Tart Telur dan Cheese)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas keusahawanan membuat tart telur dan cheese ini dijalankan di PEDi Kg Tandek dengan peserta seramai 10 Orang. Kelas keusahawanan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan peserta yang berminat dalam bidang bakeri. Selain Itu, para peserta juga dapat meningkatkan kemahiran individu dalam bidang masakan dan juga penyediaan makanan. Melalui kelas ini, para usahawan dapat peluang untuk mencuba bidang baru dan menjadikannya sebagai salah satu pendapatan sampingan di masa akan datang.  

Aktiviti

Sebelum kelas dimulakan, tenaga pengajar memberi penerangan terperinci mengenai kelas ini. Seterusnya, para peserta akan di ajar cara-cara membuat tart telur. Tenaga pengajar juga memberi penerangan tentang keselamatan makanan dan sanitasi agar peserta dapat belajar tentang teknik-teknik seperti menggunakan pelbagai jenis papan memotong yang mempunyai kod warna yang berbeza dan jangka suhu berbeza bagi setiap makanan untuk mencegah pembiakan bakteria dalam makanan. Tenaga pelajar juga memberi latihan secara praktikal kepada peserta agar lebih memahami dengan lebih dalam cara-cara membuat tart  telur dan cheese. 

 GAMBAR DISINI