Tarikh : 22 Februari 2023 Masa : 2.00Pm – 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Program Keusahawanan kelas membuat kerepek berasaskan Ubi Kayu telah dilaksanakan di PEDi Kg Ranau kerjasama dengan PEDi Kluster Kota Marudu dengan peserta sebanyak 11 orang. Kelas ini diketuai oleh Pn Salmie selaku tenaga pengajar untuk memberi ilmu kepada peserta lain untuk membuat kerepek yang berasaskan ubi kayu. Dalam kelas ini, Pn Salmie merupakan ahli usahawan PEDi Kg Ranau. Beliau mempunyai perniagaan atau produk sendiri iaitu kerepek Ubi Kayu. Pn Salmie membuat kelas ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran kepada golongan usahawan wanita, suri rumah dan golongan wanita B40 agar mereka dapat mempelajari kemahiran asas membuat kerepek agar peserta dapat menjadikan ilmu tersebut untuk mendapatkan pekerjaan sampingan untuk menampung keluarga. Dengan adanya kelas seperti ini ianya sedikit sebanyak membantu para golongan usahawan untuk mendapatkan kemahiran khususnya membuat kerepek yang berasaskan Ubi Kayu. Selain itu, usahawan juga dapat menggunakan PEDi sebagai pusat untuk menambah ilmu tentang perniagaan dan ICT.
Aktiviti
Kelas ini dimulai dengan penerangan tentang asas-asas bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan kerepek dan latihan praktikal juga dilakukan bersama dengan peserta yang hadir. Setiap peserta diminta untuk membuat kerepek ubi kayu berdasarkan ilmu dan kemahiran yang telah diberikan oleh tenaga pengajar. Peserta membuat kerepek ubi kayu dengan kreativiti dan pemahaman mereka berkaitan dengan cara-cara membuat kerepek ubi kayu. Dengan adanya kelas seperti ini peserta dapat menjana pendapatan tersendiri hasil daripada membuat kerepek. Semua peserta telah membuat kerepek ubi kayu dengan hasil tangan sendiri dan setiap kerepek yang mereka hasilkan dikongsikan bersama dengan peserta lain. Oleh itu, kelas ini sangat membantu para usahawan untuik meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam perniagaan mereka.