Tarikh : 10 Februari 2023 Masa : 2.30Pm – 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk membimbing para peserta atau usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaan mereka. Petugas memberi penerangan kepada usahawan cara-cara menggunakan aplikasi shopee affiliate dan teknik copywriting yang perlu dipelajari oleh para usahawan. Latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin untuk berniaga di shopee atau membina kedai secara atas talian. Oleh itu, para usahawan dapat menggunakan aplikasi shopee sebagai platform untuk memasarkan produk yang mereka jual sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada usahawan diluar bandar.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang cara menggunakan shopee affiliate dan teknik copywriting yang boleh digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan jualan dalam talian. Setiap peserta yang hadir diberikan tugasan untuk membuat shopee affiliate dan mencuba teknik copywriting untuk mempromosikan jualan atau produk mereka. Para usahawan dibimbing secara praktikal oleh Rakan Digital yang mengambil ahli dalam mengajar mereka tentang shopee affiliate dan teknik copywriting. Sepanjang kelas berlansung, sesi soal jawab juga diadakan agar para peserta dapat memahami secara terperinci tentang shopee affiliate dan teknik copywriting.