Tarikh : 10 Disember 2023 Masa : 2.30Pm – 4:30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar tadika memperkasakan kemahiran mereka dalam mewarna. Selain itu, Aktiviti ini bertujuan untuk membantu meningkatkan soft skill mereka untuk berfikir secara kreatif dan memberi keyakinan kepada kanak-kanak untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Aktiviti ini juga dapat menjadikan PEDi sebagai salah satu tempat untuk meningkatkan soft skill kanak-kanak selain berada di sekolah.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan dan pembahagian bahan-bahan mewarna kepada kanak-kanak. Petugas memberikan tugasan mewarna secara offline untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak tersebut. Sepanjang kelas ini berlansung, kanak-kanak melakukan tugasan mereka dengan fokus dan gembira.