mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2023 – Program Santai Usahawan (Apa Itu Harta Intelek) – Mylpo Sabah

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program usahawan santai bersama perbadanan Harta Intelek Malaysia cawangan Sabah – Mylpo Sabah yang dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan aplikasi google meet yang disertai oleh 27 peserta yang terdiri daripada usahawan. Program yang membicarakan tentang Apa itu Harta Intelek disampaikan oleh Puan Asmah Binti Khalid selaku pengarah Mylpo sabah dengan pengisian yang cukup menarik serta banyak manfaat yang diperolehi oleh para usahawan. Program ini bertujuan untuk memberi ilmu baru tentang perniagaan kepada usahawan-usahawan. Selain itu, Program ini juga dapat membantu usahawan untuk mengenalpasti halatuju perniagaan yang mereka laksanakan. 

Aktiviti

Petugas PEDi dan Rakan Digital telah berkerjasama untuk memastikan program ini dapat memberikan manfaat kepada usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka. Seterusnya, Puan Asmah juga telah berkongsi ilmu mengenai harta intelek yang perlu diketahui oleh para usahawan. Puan Asmah juga turut berkongsi berkenaan cara permohonan cap dagangan untuk usahawan yang berminat untuk mempunyai cap dagangan.

Gambar Disini