Tarikh : 06 Disember 2023 Masa : 8.00Am – 1.00Pm Lokasi : SK Simpangan, Kota Marudu Peserta : 128 Orang |
Tujuan
Program Kami Peduli yang dianjurkan oleh PKKK Kota Marudu dan PPKK Kota Marudu dengan kerjasama jabatan yang lain seperti PEDi Kluster Kota Marudu, PDRM, dan KKM Kota Marudu. Program ini diadakan di SK Simpangan Kota Marudu dengan seramai 128 orang pelajar sekolah rendah. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan dengan Hak Kanak-kanak, Kesihatan Mental Kanak-kanak dan juga berkenaan dengan Akta Jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Bagi sesi PEDi Kluster Kota Marudu pula, kanak-kanak didedahkan dengan topik Advokasi Klik dengan Bijak dan S.A.F.E internet. Program ini juga bertujuan untuk mengurangkan jenayah seksual yang semakin meningkat terhadap kanak-kanak.
Aktiviti
Kluster PEDi Kota Marudu juga turut hadir bagi menyampaikan taklimat dengan topik Advokasi KDB dan SAFE Internet. Seterusnya, taklimat ini dijalankan untuk menyampaikan kesedaran awam berkaitan keselamatan internet kepada pelajar dengan menekankan tigas aspek utama iaitu, keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Di samping itu, aktiviti lain yang telah diadakan seperti slot bersama JKM dengan topik hak kanak-kanak, bersama PDRM topik akta jenayah seksual kanak-kanak 2017 dan slot terakhir bersama Pegawai Psikologi dengan topik kesihatan mental remaja pada masa kini.