Tarikh : 19 Disember 2023 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memastikan pelajar dapat memilih maklumat dan menilai sendiri maklumat yang diperolehi di dalam kehidupan seharian. Kemahiran soft skill ini adalah untuk meningkatkan kematangan diri pelajar dan juga untuk meningkatkan keyakinan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Simpang Tiga Langkon dan dimulaikan dengan sesi penerangan tentang kepentingan Soft Skill dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para pelajar tentang kepentingan soft skill dalam diri mereka.