Tarikh : 17 Disember 2022 Masa : 9.30Am- 4.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas Asas E-Dagang ini diadakan bersama dengan Team Usahawan Corn Husk Craf Kota Marudu dengan jumlah peserta 5 orang. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online dengan menggunakan aplikasi shopee. Kelas E-Dagang ini juga dapat membantu para usahawan menggunakan platform E-Dagang Shopee untuk mempromosikan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka. Selain itu, kelas ini berfungsi untuk memberi peluang kepada para usahawan untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan E-Dagang serta membolekan para usahawan menggunakan pelbagai aplikasi dan peralatan digital untuk memperkembangkan dan membaiki kecekapan perniagaan mereka.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang pengenalan kepada E-Dagang iaitu, tentang aplikasi shopee yang akan digunakan untuk membuat kedai online secara percuma. Petugas telah memberi tunjuk ajar bagaiamana cara untuk membuka akaun shopee secara asas. program asas E-Dagang ini dapat memberikan peluang kepada para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para usahawan lebih memahami tentang Aplikasi shopee yang merupakan asas E-Dagang. Oleh itu, program ini berakhir dengan sesi bergambar bersama Team Usahawan Corn Husk Craf Kota Marudu dan petugas PEDi.