Tarikh : 11 Dicember 2022 Masa : 10:00 Am – 12.00 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word 2013 untuk pelajar sekolah dijalankan untuk memperkenalkan kepada mereka tentang asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2021. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan di PEDi dengan mematuhi standard SOP yang telah ditetapkan. Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2021. Petugas juga mengajar cara-cara memasukkan gambar dan menyunting teks. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka 2021 dengan adanya kelas ini dan dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan mempelajari ilmu baru dalam ICT.