Tarikh : 13 Jun 2022 Masa : 3.00 Pm – 4.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menambah baik serta meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, Penerapan tekonologi seperti kemudahan internet memudahkan lagi pelajar melakukan eksplorasi kendiri menggunakan kemudahan internet untuk memahami konsep matematik yang dipelajari di sekolah. Melalui Aktiviti ini juga pelajar dapat memanfaatkan kebaikan teknologi dalam kehidupan mereka dalam meningkatkan motivasi dan minat pelajar kepada mata pelajaran matematik.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan penggunaan komputer untuk menjawab soalan-soalan matematik secara dalam talian. selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang kepentingan teknologi dalam pendidikan. Sepanjang aktiviti di jalankan petugas akan memastikan pelajar tersebut fokus dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Petugas akan memastikan SOP sedia ada di patuhi oleh pengunjung yang datang melawat di PEDi.