Tarikh : 17 April 2024 Masa : 09:00 Am – 11:30 Am Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti Soft Skill seperti Kemahiran komunikasi merupakan elemen utama yang perlu dipelajari oleh para pelajar. Ini adalah kerana komunikasi merupakan perkara asas dalam melakukan sebarang interaksi sesama manusia. Komunikasi yang baik amat penting dalam kalangan pelajar bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dijalankan dengan baik. Kemahiran ini dapat memastikan pelajar mempunyai keyakinan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Pelajar perlu mempelajari asas-asas atau soft skill agar dapat meningkatkan keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat sama ada di luar sekolah mahupun di sekolah. Kelas ini diadakan bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul dan sopan.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan apa itu soft skill komunikasi dengan baik kepada pelajar. Kemudian, Petugas membuat penayangan vidoe melalui laman youtube yang berkaitan dengan cara berkomunikasi dengan cara yang betul. Sepanjang kelas ini berlansung, sesi soal jawab juga di adakan agar pelajar lebih memahami objektif kelas tersebut.