Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2024 – Kelas Keusahawanan Mencipta Logo menggunakan Canva

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas keusahawanan iaitu kelas membuat logo produk menggunakan Canva bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana menghasilkan sebuah logo yang menarik bagi kegunaan produk dan perkhidmatan mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka serta dapat menimba ilmu tentang penggunaan ICT.

Aktiviti

Kelas membuat logo produk ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian canva daripada petugas NADI Simpang Tiga Langkon. Kelas ini dijalankan untuk membantu  usahawan mencipta logo produk mereka dengan penggunaan aplikasi canva. Hal ini kerana, logo yang mereka hasilkan akan diletakkan pada produk mereka untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam mencipta logo produk dapat dipertingkatkan.

GAMBAR DISINI