Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2024 – Kelas Keusahawanan Asas SHOPEE- Cara cara membuka akaun menjual di Shopee

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Asas E-Dagang cara-cara membuka akaun menjual di Shopee ini diadakan bersama usahawan NADI Simpang Tiga Langkon. Kelas Keusahawanan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan NADI mengenai Shopee. Kelas Usahawan Shopee ini adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mempromosikan dan memasarkan barangan jualan / produk mereka secara atas talian menggunakan platform Shopee. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk berniaga melalui platform ini secara tidak langsung dan mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang pengenalan kepada E-Dagang iaitu, tentang aplikasi shopee yang akan digunakan untuk membuat kedai online secara percuma. Petugas telah memberi tunjuk ajar bagaiamana cara untuk membuka akaun shopee secara asas. program asas E-Dagang ini dapat memberikan peluang kepada para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian. 

GAMBAR DISINI