Tarikh : 23 April 2024 Masa : 2:30 Pm – 4.30 Pm Lokasi : NADI Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli NADI tentang buli siber dan kesannya kepada seseorang individu. Petugas juga memberi pendedahan tentang kebaikan dan keburukan internet kepada peserta. Selain itu, petugas memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet “Klik Dengan Bijak” sebagai pengguna internet pada masa kini. Seterusnya, Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang langkah-langkah menagani buli siber dalam kalangan komuniti dan kanak-kanak.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video siber buli dilaman youtube. Kemudian petugas NADI memberi sedikit penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Peserta juga dikehendaki menjawab kuiz berkaitan Buli Siber ini.