mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2024 – Aktiviti STEM membuat Struktur Binaan

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti STEM membina struktur binaan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi bertujuan memupuk kerjasama antara ahli dalam pasukan bagi membina sebuah binaan atau bangunan yang stabil hanya dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Antara objektif aktiviti STEM ini adalah seperti mengenali bentuk, warna dan tekstur tanah liat (Sains), menghasilkan binaan bangunan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi  (Teknologi), membentuk binaan yang kukuh (Engineering) dan mengira bilangan pencungkil gigi dan tanah liat (Matematik).

Aktiviti

Petugas NADI menyediakan bahan-bahan aktiviti seperti tanah liat dan pencungkil gigi. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuat struktur binaan dan memberi para pelajar menonton video di Youtube supaya mereka lebih faham. Setelah selesai para pelajar dikehendaki membina struktur binaan sendiri. Melalui aktiviti ini dapat meingkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang STEM kepada para peserta.

GAMBAR DISINI