Tarikh : 12 April 2023 Masa : 9.00Am – 12.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 13 Peserta |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu kelas masakan viral ini telah diadakan di PEDi Kg Ranau mempunyai peserta sebanyak 13 orang. Kelas ini bertujuan untuk memberi perkongsian kepada komuniti untuk menambah kemahiran dari aspek masakan pelbagai jenis kuih. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memupuk semangat kepada golongan wanita untuk memulakan perniagaan kuih-muih secara kecil-kecilan untuk mendapatkan wang sampingan. Kelas ini telah membantu ramai golongan wanita agar mereka dapat meningkatkan kemahiran dan dapat menimba ilmu dalam masakan. Aktiviti ini sangat bermanfaat kepada peserta kerana mereka dapat mempelajar cara-cara memasak dan membuat kuih viral dan tradisional pada masa kini.
Aktiviti
Sebelum kelas ini dimulakan, tenaga pengajar memberi sedikit taklimat dan penerangan tentang jenis-jenis kuih yang akan dipraktikan oleh peserta. Setiap peserta yang mengikuti aktiviti ini akan diajar secara praktikal cara-cara membuat dan memasak kuih tradisional dan kuih viral pada masa kini. Tenaga pengajar juga memberi peserta resepi dan teknik-teknik yang mudah untuk membuat kuih tersebut. Sepanjang kelas berlansung, para peserta nampaknya sangat gembira dan membawa hasil buatan mereka balik di tempat masing-masing. Aktiviti ini dapat membantu para usahawan untuk menimbulkan idea dan kreativiti untuk memajukan perniagaan mereka.