mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2023 – Majlis Perasmian Pusat Produk IKS MART Kota Marudu

 

 

 

 

 

 

Tujuan

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Produk IKS Mart Milik Koperasi Usahaniaga Kota Marudu Berhad bertempat di Medan Marudu Mart Kota Marudu. Program ini merupakan kerjasama strategik antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan Sabah (DIDR) yang bertujuan meningkatkan aktiviti sosio-ekonomi melalui usahawan dan koperasi seterusnya mengiktiraf solidariti usahawan dan koperasi sebagai ejen penyatuan sosial dan masyarakat.
 

Aktiviti

Penyampaian Mock Cheque Program Bantuan DIDR kepada Koperasi Usahaniaga Kota Marudu Berhad dan Program Bantuan Pembangunan SKM kepada Koperasi Perikanan Jaya Diri Kudat Berhad. Dalam majlis ini terdapat juga pelbagai pameran produk usahawan tempatan. Jualan Madani Koperasi juga diadakan dengan memberi potongan harga diskaun sebanyak 15% kepada barang-barang keperluan seperti minyak masak, gula, susu, beras dan lain-lain. Hal ini dapat membantu komuniti mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang rendah. Selain itu, terdapat banyak produk usahawan yang dipamerkan agar ianya dapat memperkenalkan produk tersebut kepada komuniti sekaligus dapat membantu usahawan menjana pendapatan. Seterusnya, aktiviti saringan kesihatan juga dijalankan bagi membantu komuniti untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Tandek. Peranan IKS MART sangat penting kepada usahawan kerana mereka dapat mempamerkan produk mereka kepada komuniti serta dapat membantu para usahawan dalam menjana pendapatan. Petugas PEDi juga berkesempatan untuk memperkenalkan objektif penubuhan PEDi kepada pengunjung yang datang agar mereka mengetahui fungsi dan kegunaan PEDi kepada komuniti sekaligus dapat menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dari segi perniagaan dan juga ICT. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari komuniti atau pengunjung. 

GAMBAR DISINI

.