Tarikh : 06 April 2022 Masa : 10.00 Am- 12.00 Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Excel Bersama ahli PEDi kampung Ranau dan PEDi Simpang Tiga Langkon dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan dengan Micrisoft Excel. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan computer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi Latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan serta perangkaan data didalam Ms Excel 2016.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, diharap dapat banyak membantu para peserta mahir dalam penggunaan ICT.