Tarikh : 22 April 2022 Masa : 9.30 Am-10.30 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti merupakan kerjasama antara Pedi Simpang Tiga Langkon dan Pedi Kg Ranau. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas apa itu Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti. Hal ini kerana, PEDi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Aktiviti ini juga dapat memberi pengetahuan am mengenai pengenalan objektif penubuhan PEDi.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan menggunakan aplikasi Google Meet. Petugas memberi penerangan secara ringkas mengenai penubuhan PEDi dan peserta menonton video grafik mengenai objektif penubuhannya. Sesi soal jawab turut dibuat supaya komuinti lebih memahami penubuhan PEDi. Secara keseluruhan aktiviti ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu membina sebuah masyarakat berpengetahuan.