Tarikh : 12 Januari 2023 Masa : 10.00Am – 12.30 Pm Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Komuniti menggunakan Perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan untuk mengisi kekosongan pekerjaan melalui SPA9. Petugas memberi tunjuk ajar tentang cara-cara mengisi maklumat sekaligus membuat email untuk membuat permohonan pekerjaan melalui laman web https://spa9.spa.gov.my/login. Komuniti boleh menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan yang ada di PEDi Simpang Tiga Langkon seperti perkhidmatan komputer dan percetakan sekaligus menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Oleh itu, aktiviti ini dapat memudahkan urusan komuniti dan dapat membantu komuniti untuk mendapatkan pekerjaan serta meningkatkan ilmu ICT.
Aktiviti
Komuniti yang datang melengkapkan dokumen yang diperlukan dalam mengisi pekerjaan melalui laman web SPA9. Selain itu, Komuniti juga dapat membuat email yang baru. Mereka menggunakan komputer dan capaian internet untuk mengakses SPA9. Sepanjang mereka berada di PEDi, petugas banyak membantu mereka untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk memohon pekerjaan.