Tarikh : 14 Januari 2023 Masa : 9.00 Am- 11.00 Am Lokasi : PEDi Simpang Tiga Langkon Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ICT asas Microsoft Excel untuk pelajar sekolah menengah bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Pelajar akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian /pejabat atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Petugas Pedi memberi pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori kepada peserta untuk memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel dengan cara membuat jadual. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, pelajar membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.