Terdapat beberapa tempat reakriasi dan tempat menarik yang ada di kawasan Kota Marudu Sabah, antaranya:
Panorama Paradise Resort
Kawasan ini merupakan salah satu penginapan yang terdapat di kawasan Kota Marudu Sabah. Panorama Paradise Resort terletak di Bukit Pinotudung. Jarak ialah 15 kilometer dari Simpang Tiga Langkon Kota Marudu. Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan Hutan Simpan Gunung Cochrane.
Panorama paradise Resort adalah berasaskan kepada budaya dan gaya hidup tempatan yang dikeliligi dengan flora dan fauna. Tempat Penginapan ini juga menggunakan Konsep Longhouse Cottage Moden. Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti seperti berkhemah bersama rakan-rakan dan keluarga.Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung kerana tempatnya yang tinggi, sejuk dan berangin serta pengunjung boleh melihat pemandangan yang indah di tempat ini.
Taman Kinabalu Sorinsim
Taman Kinabalu Sorinsim merupakan Pusat Pelancongan yang terkenal khasnya di Daerah Kota Marudu. Aktiviti yang Boleh dilakukan di tempat ini ialah bermandi-manda dan berkhemah. selain itu, pengunjung juga boleh bermalam di Taman Kinabalu Sorinsim dengan menempah penginapan yang disediakan berdekatan dengan pusat pelancongan ini.
Jarak perjalanan dari Simpang Tiga Langkon ke tempat ini adalah 45 kilometer atau 50 minit pemanduan. Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung pada cuti sekolah atau perayaan kerana tempat ini mempunyai sungai yang sangat jernih dan mempunyai ikan yang besar yang di telah di Tagal.
Walai Tobilung
Secara ringkasnya, Walai Tobilung merupakan destinasi menarik yang memaparkan tradisi masyarakat kaum Tobilung yang ada di kawasan Kota Marudu. Walai Tobilung Terleta di Kampung Minansad Kota Marudu. Jarak ialah 5 kilometer dari Simpang Tiga Langkon.
Terdapat banyak pakej yang disediakan untuk pengunjung yang datang seperti membuat kraftangan manik, membuat pakaian tradisi dan membuat kerepek pisang. selain itu, pengunjung juga dapat melihat aktiviti budaya antaranya permainan tradisi, tarian tradisi sert lagu-lagu tradisi. seterusnya pengunjung juga dapat melihat perkhawinan tradisi suku kaum Tobilung.
(Sumber :Walai Tobilung Page, xplore Sabah, Majlis Daerah Kota Marudu)