Kisah Kejayaan

CELIK IT Q4 2023 – JAYRED OMOT

CELIK IT – BELAJAR MICROSOFT OFFICE, GOOGLE & ADVOKASI

Nama         :  Jayred Omot

 Umur        :  14 Tahun

 Ahli           :  2023

 

 

 

 

Latar belakang

Jayred Omot merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon Kota Marudu yang berumur 14 Tahun. Jared berasal dari Kampung Sungoi Laut Kota Marudu. Jayred telah menjadi ahli PEDi Simpang Tiga Langkon pada 16 Mei 2023 sehingga sekarang dan menjadi salah satu ahli yang aktif mengikuti aktiviti-aktiviti dan kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi. Jayred sering menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti penggunaan komputer, fotokopi dan juga mencetak. Jayred menjadikan PEDi Simpang Tiga Langkon sebagai one-stop center untuk meningkat kemahiran ICT dan juga mengggunakan kemudahan PEDi untuk mendapatkan maklumat seperti menggunakan google dan belajar pelbagai bidang seperti advokasi klik dengan bijak, STEM, soft Skill dan juga menyunting gambar. Jayred berasal dari kampung pendalaman dan mempunyai talian internet yang tidak baik menyebabkan dia memilih PEDi Simpang Tiga Langkon untuk mendapatkan kemudahan internet serta dapat membantunya meningkatkan kemahiran ICT. Semoga kelas-kelas ICT dan Advokasi yang dianjurkan oleh petugas PEDi Simpang Tiga Langkon dapat membantu ramai komuniti dalam meningkatkan kemahiran ICT.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Simpang Tiga Langkon, Jayred tidak mempunyai kemahiran asas komputer dan tidak mengetahui cara-cara melayari Internet serta penggunaan Microsoft. Selain itu, dia juga lebih banyak menghabiskan masanya di rumah dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah disebabkan kurangnya maklumat dan rujukan. Tambahan pula kawasan beliau tidak mempunyai kelengkapan seperti komputer dan Internet yang kuat untuk membuat rujukan dan menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau hanya mempunyai telefon bimbit biasa. Hal ini mengakibatkan beliau sukar untuk mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan dunia luar serta rujukan lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Jayred kini mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. Dia sangat bersyukur kerana adanya PEDi di sekitarnya kerana sangat membantunya dalam meningkatkan kemahiran ICT sekaligus membantunya mendapatkan maklumat tentang kerja sekolah yang diberikan oleh pihak guru. Penglibatannya dalam kelas-kelas ICT dan aktiviti STEM  secara konsisten telah membantunya meningkatkan kemahiran seperti menaip, penggunaan Microsoft dan melayari Internet. Selain itu, Jayred juga lebih memahami kepentingan penggunaan ICT dan Advokasi KDB yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Dia lebih banyak menghabiskan masanya menyiapkan kerja sekolah di PEDi kerana ianya dapat memudahkannya untuk mendapatkan rujukan dan maklumat lain dengan melayari internet. Selanjutnya, jayred juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari sebagai kemahiran yang berguna untuk masa hadapan dan menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan kemahiran ICT.