CELIK IT – BELAJAR MICROSOFT OFFICE, GOOGLE & ADVOKASI
Nama : Ellycheisey Umur : 14 Tahun Ahli : 2023 |
Latar belakang
Ellycheisey Jopina berasal daripada Kampung Tonsom Kota Marudu. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon. Beliau telah menjadi ahli PEDi Simpang Tiga Langkon pada 25 Mei 2023 sehingga sekarang kerana tertarik dengan aktiviti dan perkhidmatan yang ada di PEDi Simpang Tiga Langkon. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti penggunaan komputer, fotokopi dan mencetak. Selain itu, beliau juga rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan Advokasi Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh petugas di PEDi Simpang Tiga Langkon. Beliau menjadikan PEDi Simpang Tiga Langkon sebagai one-stop center dalam membantunya meningkatkan kemahiran ICT dan kesedaran dalam penggunaan ICT dalam kehidupan harian serta kemudahan internet ini dapat membantunya dalam mencari maklumat tentang kerja sekolah sebagai rujukan. Semoga kelas-kelas ICT dan Advokasi yang dianjurkan oleh petugas dapat membantu ramai komuniti dalam meningkatkan kemahiran ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Simpang Tiga Langkon, Beliau tidak mempunyai kemahiran asas komputer dan tidak mengetahui cara-cara melayari internet serta penggunaan microsoft. Selain itu, beliau juga lebih banyak menghabiskan masanya di rumah dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah disebabkan kurangnya maklumat dan rujukan. Tambahan pula kawasan beliau tidak mempunyai kelengkapan seperti komputer dan internet yang kuat untuk membuat rujukan dan menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau hanya mempunyai telefon bimbit biasa. Hal ini mengakibatkan beliau sukar untuk mengakses internet untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan dunia luar serta rujukan lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, beliau kini mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. Ellycheisey sangat bersyukur kerana adanya PEDi di sekitarnya kerana sangat membantunya dalam meningkatkan kemahiran ICT sekaligus membantunya mendapatkan maklumat tentang kerja sekolah yang diberikan oleh pihak guru. Penglibatan beliau dalam kelas-kelas ICT dan aktiviti STEM secara konsisten telah membantunya meningkatkan kemahiran seperti menaip, penggunaan microsoft dan melayari internet.Selain itu, beliau juga lebih memahami kepentingan penggunaan ICT dan Advokasi KDB yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Beliau lebih banyak menghabiskan masanya menyiapkan kerja sekolah di PEDi kerana ianya dapat memudahkannya untuk mendapatkan rujukan dan maklumat lain dengan melayari internet. Selanjutnya, Beliau menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari sebagai kemahiran yang berguna untuk masa hadapan dan menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan kemahiran ICT.