mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q2 2023 – FEBE BRIEL ORZORA JESSONLEY

CELIK IT – BELAJAR ASAS KOMPUTER, ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK, E-PEMBELAJARAN & MENAIP

Nama         :  Febe Briel Orzora Jessonly

 Umur        :  6 Tahun

 Ahli           :  2022

 

 

 

 

Latar belakang

Febe Briel Orzora Jessonly berasal daripada Kampung Tagaroh Kota Marudu. Adik Febe berumur 6 tahun dan bersekolah di Tadika Ria Ceria Kampung Tagaroh. Adik Febe telah menjadi ahli PEDi Simpang Tiga Langkon Pada Mac 2022. Adik Febe aktif mengikuti kelas dan aktiviti Advokasi yang dijalankan di PEDi Simpang Tiga Langkon. Selain itu, Adik Febe menjadikan PEDi Simpang Tiga Langkon sebagai One-stop center dalam meningkatkan kemahiran ICT, E-learning dan kesedaran penggunaan komputer dalam kehidupan harian. Seterusnya, Adik Febe banyak mengikuti kelas E-learning untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam ICT. Walaupun Adik Febe berumur 6 Tahun, dia sudah mahir menggunakan komputer seperti meniap, menggunakan google dan mewarna secara dalam talian. Semoga kelas ICT dan Advokasi yang dianjurkan oleh petugas dapat membantu ramai komuniti dalam meningkatkan kemahiran ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Simpang Tiga Langkon, Adik Febe tidak mempunyai kemahiran asas komputer dan tidak mengetahui cara-cara melayari internet serta penggunaan youtube. Selain itu, Adik Febe lebih banyak menghabiskan masanya di rumah. Seterusnya, sebelum penglibatan Adik Febe di PEDi, dia lebih bersikap pendiam dan pemalu serta sukar berkomunikasi dengan orang lain. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan Penglibatan di PEDi, Adik Febe kini mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. Selain itu, Adik Febe sangat gembira dan bersyukur kerana adanya PEDi di sekitarnya kerana sangat membantunya dalam meningkatkan kemahiran ICT sekaligus membantunya mendapatkan maklumat dan pembelajaran secara dalam talian. Penglibatan Adik Febe dalam kelas-kelas ICT, Advokasi dan pembelajaran secara konsisten telah membantunya meningkatkan kemahiran seperti menaip, menggunakan youtube dan melayari internet.  Selanjutnya, Adik Febe juga mempelajari asas penggunaan komputer serta fungsi dan penggunaannya. Adik Febe telah menjadikan PEDi sebagai one stop center untuk meingkatkan kemahiran dan pembelajaran untuk masa depannya. Adik Febe sangat bangga kerana dia baru berumur 6 tahun namun sudah pandai menggunakan komputer dengan baik serta pembelajarannya juga semkin meningkat setelah mengikuti pelbagai kelas e-pembelajaran di PEDi.