CELIK IT – BELAJAR MICROSOFT OFFICE, GOOGLE & ADVOKASI
Nama : Arnivelly Afeandy Umur : 14 Tahun Ahli : 2022 |
Latar belakang
Arnivelly Afeandy berasal daripada Kampung Tonsom Kota Marudu. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon. Beliau telah menjadi ahli PEDi Simpang Tiga Langkon pada tahun 2022 kerana tertarik dengan aktiviti dan perkhidmatan yang ada di PEDi Simpang Tiga Langkon. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti penggunaan komputer, fotokopi dan mencetak. Selain itu, beliau juga rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan Advokasi Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh petugas di PEDi Simpang Tiga Langkon. Beliau menjadikan PEDi Simpang Tiga Langkon sebagai one-stop center dalam membantunya meningkatkan kemahiran ICT dan kesedaran dalam penggunaan ICT dalam kehidupan harian serta kemudahan internet ini dapat membantunya dalam mencari maklumat tentang kerja sekolah sebagai rujukan. Semoga kelas-kelas ICT dan Advokasi yang dianjurkan oleh petugas dapat membantu ramai komuniti dalam meningkatkan kemahiran ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Simpang Tiga Langkon, beliau tidak mempunyai kemahiran asas komputer dan tidak mengetahui cara-cara melayari internet serta penggunaan microsoft. Selain itu, beliau lebih banyak menghabiskan masanya di rumah dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah disebabkan kurangnya maklumat dan rujukan. Tambahan pula beliau tidak mempunyai kemudahan seperti komputer dan tempat yang selesa untuk belajar. Hal ini menyebabkan beliau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan maklumat tentang ICT serta kurang mendapat maklumat dan rujukan khas untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, beliau kini mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. Selain itu, beliau sangat bersyukur kerana adanya PEDi di sekitarnya kerana sangat membantunya dalam meningkatkan kemahiran ICT sekaligus membantunya mendapatkan maklumat tentang kerja sekolah yang diberikan oleh pihak guru. Penglibatan beliau dalam kelas-kelas ICT secara konsisten telah membantunya meningkatkan kemahiran seperti menaip, penggunaan microsoft dan melayari internet. Seterusnya, beliau juga lebih memahami kepentingan penggunaan ICT dan Advokasi KDB yang dianjurkan oleh petugas PEDi. beliau lebih banyak menghabiskan masanya menyiapkan kerja sekolah di PEDi kerana ianya dapat memudahkannya untuk mendapatkan rujukan dan maklumat lain dengan melayari internet. Beliau menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari sebagai kemahiran yang berguna untuk masa hadapan dan menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan kemahiran ICT.